Kes COVID-19 di Thailand naik seganda kepada lebih 33,000 kes
Anggaran Waktu Membaca:
Deretan kedai di Bangkok. (Gambar: Lillian Suwanrumpha/AFP)
BANGKOK: Kes COVID-19 di Thailand meningkat kepada 33,030 minggu lalu, dengan lebih 6,000 kes dilaporkan di Bangkok, menurut Jabatan Kawalan Penyakit Thailand.
Jabatan itu memaklumkan bahawa kes dicatat antara 11 hingga 17 Mei adalah lebih seganda berbanding 16,000 kes yang dicatat pada minggu sebelumnya.
Daripada jumlah itu, seramai 1,918 individu dimasukkan ke hospital, manakala dua kematian dicatat masing-masing di wilayah Sukhothai dan Kanchanaburi, menurut media tempatan.
Bangkok mencatat jumlah kes tertinggi iaitu 6,290, diikuti Chon Buri (2,573), Rayong (1,680), Nonthaburi (1,482), dan Samut Prakan (1,442).
Kebanyakan jangkitan melibatkan individu berumur antara 30 hingga 39 tahun.
Orang ramai dinasihatkan supaya memakai pelitup muka dan menjalani ujian kendiri sekiranya mengalami gejala seperti demam, batuk, sakit tekak atau keletihan.

Sumber : Bernama/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.