Skip to main content

Dunia

Kes COVID-19 di M'sia merosot ke 13,574

Kes baru COVID-19 di Malaysia setakat pukul 12.00 tengah hari ini (23 Sep) terus menunjukkan penurunan dengan 13,754 kes berbanding 14,990 semalam (22 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Kes COVID-19 di M'sia merosot ke 13,574

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 23 Sep 2021 04:24PM Dikemas Kini : 23 Sep 2021 04:25PM

KUALA LUMPUR: Kes baru COVID-19 di Malaysia setakat pukul 12.00 tengah hari ini (23 Sep) terus menunjukkan penurunan dengan 13,754 kes berbanding 14,990 semalam (22 Sep).

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian di platform media sosialnya berkata dengan angka terbaru itu, jumlah kumulatif kes di negara kini 2,156,678 kes.

“Alhamdulilah seperti yang dijangkakan trend penurunan kes harian mula diperhatikan sejak kebelakangan ini,” katanya.

Beliau berkata Selangor merekodkan kes harian tertinggi dengan 1,985 kes, disusuli Johor (1,913),  Sarawak (1,766), Sabah (1,629), Kelantan (1,264) dan Pulau Pinang (1,052).

Negeri yang mencatatkan tiga angka bagi kes COVID-19 pula ialah Pahang (869), Perak (844), Kedah (783), Terengganu (664), Kuala Lumpur (383), Melaka (292), Negeri Sembilan (175) dan Perlis (113).

“Putrajaya pula mencatatkan sebanyak 14 kes, manakala di Labuan terdapat lapan kes dilaporkan sehingga pukul 12 tengah hari tadi,” katanya.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) hospital COVID-19 di seluruh negara setakat semalam adalah 74 peratus daripada 1,506 katil, manakala katil bukan ICU sebanyak 62 peratus daripada 16,713 katil.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita