Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes COVID-19 di China capai paras rekod meski dilaksanakan semula sekatan ketat

Anggaran Waktu Membaca:
Kes COVID-19 di China capai paras rekod meski dilaksanakan semula sekatan ketat

(Gambar: Noel CELIS / AFP)

Diterbitkan : 24 Nov 2022 03:19PM Dikemas Kini : 24 Nov 2022 03:21PM
BEIJING: Jumlah kes COVID-19 di China melambung ke paras tertinggi sejak pandemik itu mula melanda hampir tiga tahun lalu.

Lebih 31,000 kes baru disahkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Keadaan itu telah meningkatkan kebimbangan kemungkinan pemerintah akan mengetatkan lagi langkah-langkah sekatannya.

Malahan beberapa bandar besar sudahpun mengenakan kawalan ketat.

Misalnya, mulai Khamis (24 Nov) sesiapa yang tiba di Shanghai dilarang masuk ke restoran dan gedung beli-belah selama lima hari.

Penduduk di ibu kota Beijing pula diminta tidak keluar rumah manakala sekolah di beberapa daerahnya ditutup.

Bandar Zhenghzhou yang menempatkan kilang iPhone melaksanakan sekatan pergerakan di beberapa daerah selepas bantahan ganas yang menyaksikan penunjuk perasaan bertempur dengan polis tercetus di kilang tersebut.

Sekatan itu berlangsung selama lima hari mulai Jumaat tengah malam (25 Nov) dan menjejas lebih enam juta orang atau separuh penduduk bandar berkenaan.

Pemerintah Zhengzhou pada Rabu (23 Nov) menyatakan penularan penyakit COVID-19 di bandar itu masih "teruk dan rumit".

Jumlah harian kes COVID-19 China mencecah rekod tertinggi pada Khamis (24 Nov) iaitu 31,454 kes tempatan - bilangan yang kecil berbanding 1.4 bilion penduduk China tetapi melebihi jumlah semasa tempoh kemuncaknya yang dicatatkan pada pertengahan April.
Sumber : AFP/FA/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa