Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes campak di Samoa lonjak lebih seganda dalam tempoh seminggu

Jumlah kes disyaki campak di pulau Pasifik di Samoa melonjak lebih seganda kepada 3,530 sepanjang minggu lalu. Kematian berkaitan wabak itu naik kepada 48 orang daripada 20 seminggu lalu, menurut Kementerian Kesihatan negara pada Ahad (1 Dis). 

Anggaran Waktu Membaca:
Kes campak di Samoa lonjak lebih seganda dalam tempoh seminggu

(Gambar: Johannes Eisele/AFP)

Diterbitkan : 01 Dec 2019 08:31PM Dikemas Kini : 01 Dec 2019 08:33PM

MELBOURNE: Jumlah kes disyaki campak di pulau Pasifik di Samoa melonjak lebih seganda kepada 3,530 sepanjang minggu lalu. Kematian berkaitan wabak itu naik kepada 48 orang daripada 20 seminggu lalu, menurut Kementerian Kesihatan negara pada Ahad (1 Dis).

Samoa menjadi mudah terdedah kepada wabak campak kerana bilangan orang yang mendapat imunisasi merosot. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) perlindungan vaksin hanya diberikan kepada sekitar 31 peratus penduduk.

Pemerintah memulakan program suntikan wajib pada 20 November lalu setelah mengisytiharkan keadaan darurat akibat wabak itu. Menurut kementerian kesihatan dalam kenyataannya, 57,132 sudahpun menerima suntikan vaksin.

Sekolah serta universiti ditutup dan kebanyakan perhimpunan awam dilarang di kepulauan itu dengan hanya 200,000 penduduk, dan terletak di bahagian selatan khatulistiwa antara Hawaii dengan New Zealand.

Daripada 48 kematian yang dilaporkan, 44 adalah kanak-kanak berusia kurang empat tahun.Sejak Sabtu (30 Nov), terdapat 173 kes campak baru dicatatkan dan empat mangsa sudahpun meninggal dunia.

Negara jiran, New Zealand, dan beberapa negara lain selain pertubuhan termasuk agensi PBB, UNICEF, sudahpun mengirimkan ribuan vaksin, bekalan perubatan serta pegawai perubatan untuk membantu dalam menangani wabak tersebut.

Virus campak yang mudah berjangkit menerusi batuk atau selesema, dilaporkan di negara-negara Pasifik lain termasuk Tonga dan Fiji. Namun, tiada laporan mengenai kematian dan negara-negara itu sudahpun mendapatkan perlindungan vaksin yang lebih meluas.

Kes campak kian meningkat di seluruh dunia termasuk di negara-negara maju seperti Jerman dan Amerika Syarikat. Ini lebih-lebih lagi dengan ibu bapa menolak mendapatkan suntikan bagi anak-anak mereka atas alasan kepercayaan mahupun agama atau bimbang suntikan vaksin akan menyebabkan autisme. Namun, perkara itu disangkal para doktor.  

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan