Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes campak bayi: Remaja dibebas dengan jaminan RM90,000

Remaja yang berdepan dengan pertuduhan membunuh bayi perempuan baru dilahirkannya dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM90,000 (S$29,000) hari ini (27 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Kes campak bayi: Remaja dibebas dengan jaminan RM90,000

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 27 Jan 2021 09:24PM Dikemas Kini : 27 Jan 2021 09:26PM

GEORGE TOWN: Remaja yang berdepan dengan pertuduhan membunuh bayi perempuan baru dilahirkannya dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM90,000 (S$29,000) hari ini (27 Jan).

Peguam RSN Rayer ketika dihubungi Bernama berkata anak guamnya M. Santhiea, 19, sudah dibebaskan dengan jaminan di mahkamah hari ini kira-kira 1.45 tengah hari tadi.

Sebelum ini Santhiea ditahan di Pusat Koreksional Perlis, Jabatan Penjara Perlis.

Rayer berkata pada 15 Jan lalu, Pesuruhjaya Kehakiman Encik Amirudin Abd Rahman telah membenarkan permohonan tertuduh untuk dibebaskan dengan jaminan RM90,000 (S$29,000) dengan dua orang penjamin serta memerintahkan Santhiea selaku pemohon dalam kes itu untuk melapor diri di Balai Polis Air Itam pada setiap Sabtu.

Peguam itu berkata Mahkamah Tinggi turut memerintahkan gadis itu menyerahkan dokumen perjalanan kepada mahkamah dan pemohon tidak dibenarkan untuk memohon sebarang dokumen perjalanan termasuk pasport dan dokumen perjalanan lain.

Selain itu tertuduh turut dikehendaki berada di kediaman dari pukul 7.00 malam hingga pukul 7.00 pagi dan tidak dibenarkan meninggalkan negeri Pulau Pinang tanpa kebenaran mahkamah.

Pada 16 Julai 2020, Santhiea dituduh membunuh bayi perempuan yang baru dilahirkan di rumah keluarganya di Air Itam, di sini. Pertuduhan terhadapnya dilakukan di Wad Bersalin Hospital Pulau Pinang berikutan remaja itu masih menjalani rawatan di hospital berkenaan.

Tertuduh didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian bayinya di laluan ke kawasan tempat letak kenderaan aras 4, Sri Ivory Apartment, Bandar Baru Ayer Itam, di sini, pada 8.25 pagi, 10 Julai 2020 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan