Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes campak Amerika Syarikat pada 2019 tertinggi sejak 1992

Amerikas Syarikat mencatatkan 971 kes campak dalam lima bulan pertama 2019. Jumlah itu mengatasi keseluruhan kes bagi mana-mana tahun sejak 1992 - sebelum penyakit itu diisytiharkan dihapuskan di negara tersebut. Demikian menurut para pegawai persekutuan pada Khamis.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes campak Amerika Syarikat pada 2019 tertinggi sejak 1992

Gambar fail suntikan vaksin penyakit campak. (Gambar: Schneyder Mendoza/AFP)

Diterbitkan : 31 May 2019 10:03AM Dikemas Kini : 31 May 2019 10:05AM

REUTERS: Amerikas Syarikat mencatatkan 971 kes campak dalam lima bulan pertama 2019. Jumlah itu mengatasi keseluruhan kes bagi mana-mana tahun sejak 1992 - sebelum penyakit itu diisytiharkan dihapuskan di negara tersebut. Demikian menurut para pegawai persekutuan pada Khamis.

Amerika Syarikat mengisytiharkan penyakit campak dibasmi daripada negara itu pada 2000. Bagaimanapaun, para pegawai di Pusat-Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) memberi amaran pada Khamis bahawa negara itu berisiko kehilangan status bebas penyakit campak.

Keseluruhannya, menurut kenyataan CDC, terdapat 963 kes campak di Amerika Syarikat pada 1992.

Penyakit itu merebak kebanyakannya dalam kalangan anak-anak pada usia persekolahan yang ibu bapa mereka enggan mendapatkan suntikan vaksin untuk mereka.

Para pegawai kesihatan awam pula menyalahkan kebangkitan semula penyakit itu kepada salah maklumat mengenai vaksin. Sebilangan ibu bapa menentang vaksin kerana mempercayai bahawa bahan-bahan di dalamnya boleh menyebabkan autisme - sesuatu yang bertentangan dengan kajian saintifik.

"Campak boleh dielakkan dan cara untuk menghentikan wabak ini adalah dengan memastikan semua kanak-kanak dan orang dewasa yang boleh mendapatkan suntikan vaksin, mendapatkan suntikan vaksin," kata Pengarah CDC Robert Redfield.

"Sekali lagi, saya ingin memberi jaminan kepada ibu bapa bahawa vaksin adalah selamat, ia tidak menyebabkan austime."

Masyarakat di daerah perbandaran Brooklyn, New York City, dan Rockland County, sebuah kawasan New York yang terletak kira-kira 50 kilometer di utara Manhattan, bergelut dengan wabak campak yang sudahpaun berlarutan hampir lapan bulan.

Kes-kes campak lain berlaku di Oklahoma dan Washington. 

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan