Kes cacar monyet di UAE meningkat kepada 16
UAE mengesahkan tiga lagi kes membabitkan jangkitan wabak cacar monyet, menjadikan angka keseluruhan sebanyak 16 setakat ini.

Gambar mikroskop elektron pada 2003 yang menunjukkan virion cacar monyet yang matang (kiri) dan virion yang belum matang (kanan). (Gambar: AP/CDC/Cynthia S Goldsmith, Russell Regner)
Kementerian Kesihatan UAE dalam satu kenyataan memaklumkan masyarakat dinasihati mematuhi langkah pencegahan dan berhati-hati ketika melancong atau menghadiri sebarang perhimpunan.
Pihak berkuasa kesihatan sedang mengambil semua langkah perlu termasuk "menjalankan siasatan, pemeriksaan terhadap kontak rapat dan tindakan susulan," serta menggesa orang ramai mendapatkan maklumat dari sumber rasmi selain mengelak daripada menyebarkan khabar angin, lapor Agensi Anadolu.
Peningkatan kes di seluruh dunia direkodkan pada Mei, dan UAE mencatatkan kes pertama virus cacar monyet pada 24 Mei.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Sabtu (23 Jul) mengisytiharkan cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan global, iaitu tahap amaran tertinggi bagi sesuatu penyakit.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.