Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes cacar monyet di AS jangkaui 20,000

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) melaporkan lebih 20,000 kes jangkitan cacar monyet setakat ini.
 

Anggaran Waktu Membaca:
LOS ANGELES: Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) melaporkan lebih 20,000 kes jangkitan cacar monyet setakat ini.

Sebanyak 20,733 kes cacar monyet dilaporkan di seluruh negara setakat Selasa (6 Sep), lapor Xinhua.

California mencatatkan angka jangkitan paling tinggi dengan 3,833 kes, diikuti oleh New York (3,526) dan Florida (2,126).

Setakat ini, AS merekodkan kadar jangkitan cacar monyet tertinggi di dunia.

Pentadbiran Presiden Joe Biden berdepan kritikan ekoran lambat bertindak balas terhadap wabak cacar monyet, termasuk kegagalan memesan vaksin yang mencukupi, mempercepatkan rawatan dan menyediakan ujian untuk mengelakkan penyakit itu.
Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan