Skip to main content

Dunia

Kes cacar monyet di Britain jangkaui 500

Bilangan jangkitan cacar monyet di Britain melebihi 500 kes pada Rabu (15 Jun), lapor Xinhua, berdasarkan angka rasmi terkini.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes cacar monyet di Britain jangkaui 500

Vesikel cacar monyet di tangan seorang individu yang dijangkiti penyakit itu. (Gambar: iStock)

LONDON: Bilangan jangkitan cacar monyet di Britain melebihi 500 kes pada Rabu (15 Jun), lapor Xinhua, berdasarkan angka rasmi terkini.

Agensi Keselamatan Kesihatan United Kingdom (UKHSA) memaklumkan pihaknya mengesan 52 lagi kes di England dan masing-masing satu di Scotland dan di Wales, lantas meningkatkan jumlah kes yang disahkan di Britain kepada 524 setakat Selasa (14 Jun).

Terdapat 504 kes yang disahkan di England, 13 di Scotland, dua di Ireland Utara dan lima di Wales.

"Sesiapa sahaja boleh dijangkiti, terutamanya jika anda mempunyai hubungan rapat, termasuk hubungan seksual, dengan individu yang mempunyai gejala. Pada masa ini, kebanyakan kes berlaku pada lelaki gay, biseksual atau yang melakukan hubungan seks dengan lelaki," menurut UKHSA.

Profesor Epidemiologi Penyakit Berjangkit di Sekolah Perubatan dan Perubatan Tropika London, David Heymann, berkata: "Adalah penting untuk tidak membuat kesimpulan atau meletakkan stigma kepada kumpulan atau individu tertentu."

"Meskipun risiko keseluruhan kelihatan kecil, semua orang harus terus berwaspada kerana agensi kesihatan awam berusaha untuk membendung wabak itu kerana cacar monyet berpotensi untuk menjejaskan sesiapa sahaja yang menjadi kontak rapat kepada individu yang dijangkiti," kata Encik Heymann.
Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita