Skip to main content

Dunia

Kes bunuh Terengganu: Pisau digunakan untuk tetak mangsa dijumpai tepi lebuh raya

Pisau yang digunakan suspek dalam kes pembunuhan Siti Nur Surya Ismail, 19 tahun, dijumpai di tepi lebuh raya Telemong, di Kuala Terengganu.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes bunuh Terengganu: Pisau digunakan untuk tetak mangsa dijumpai tepi lebuh raya

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 07 Nov 2020 10:27AM Dikemas Kini : 07 Nov 2020 10:31AM

MALAYSIA: Pisau yang digunakan suspek dalam kes pembunuhan Siti Nur Surya Ismail, 19 tahun, dijumpai di tepi lebuh raya Telemong, di Kuala Terengganu.

Demikian menurut Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Timbalan Superintendan Mohd Adli Daud.

Menurut beliau, senjata berkenaan dipercayai diambil oleh suspek di rumah mangsa dan digunakan sebagai senjata untuk membunuh, pada Ahad lalu (1 Nov).

"Pisau pemotong sayur berkenaan dibuang di tepi lebuh raya Telemong yang dianggarkan kira-kira tiga hingga empat kilometer dari rumah mangsa. Ia dijumpai pada hari ketiga selepas kejadian," katanya ketika ditemui wartawan di Hulu Terengganu, pada Jumaat (6 Nov).

Selain itu, Encik Mohd Adli berkata hampir 20 saksi sudah dipanggil untuk memberi keterangan termasuk keluarga suspek dan mangsa.

Dalam kejadian pada 1 Nov lalu, Siti Nur Surya, yang menjaga ibunya yang terlantar akibat sakit barah otak, ditemui mati dengan kesan tetakan pada badan, di samping putus tangan kiri dipercayai dibunuh rakan baiknya di Kampung Lubuk Batu, Telemong.

Mayatnya ditemui oleh adik perempuan Allahyarhamha yang berusia 15 tahun semasa pulang dari sekolah kira-kira pukul 2.30 petang.

Sumber : Bernama/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita