Skip to main content

Dunia

Kes bunuh ibu: Wanita maut akibat kecederaan pada bahagian dada

Anggaran Waktu Membaca:
Kes bunuh ibu: Wanita maut akibat kecederaan pada bahagian dada

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 21 Nov 2024 04:34PM
KUALA LUMPUR: Laporan awal bedah siasat mayat wanita yang ditemukan dalam peti sejuk beku di sebuah rumah di Taman OUG, mendapati mangsa meninggal dunia disebabkan kecederaan pada bahagian dada akibat objek tumpul. 

Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa berkata mayat wanita itu juga sudah diserahkan kepada suaminya di Jabatan Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), pagi tadi (21 Nov).

Bagaimanapun, beliau berkata laporan penuh bedah siasat yang boleh membantu menjelaskan garis masa waktu mangsa meninggal dunia dan diletakkan di peti sejuk beku masih belum diperoleh.

“Setakat ini sebanyak sembilan rakaman percakapan telah dibuat bagi membantu melengkapkan siasatan. Kita tunggu laporan bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Encik Rusdi berkata reman suspek yang juga anak lelaki kepada mangsa disambung tujuh hari hingga 26 November ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
 
“Suspek telah keluar dari PPUM pada 6.15 petang semalam dan kini ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah  (IPD) Brickfields,” katanya.

Suspek berusia 53 tahun itu ditahan pada 12 November lalu, menyusuli penemuan mayat wanita pada 8.45 pagi dan direman bermula 13 November lalu.

Encik Rusdi sebelum ini dilaporkan berkata suspek yang dirawat di PPUM selepas ditahan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan polis masih menunggu laporan kesihatan daripada pihak hospital serta laporan bedah siasat tehadap mayat mangsa. 
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita