Skip to main content

Dunia

Kes bunuh ibu: Suspek didakwa pada 26 Nov

Anggaran Waktu Membaca:
Kes bunuh ibu: Suspek didakwa pada 26 Nov

Gambar hiasan seseorang yang sudah meninggal dunia. (Gambar hiasan: D-Keine/iStock)

Diterbitkan : 25 Nov 2024 05:04PM Dikemas Kini : 25 Nov 2024 05:05PM
  • Seorang lelaki yang dipercayai memukul ibu kandungnya hingga maut sebelum menyumbat mayat mangsa ke dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya di Taman OUG, akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Selasa (26 Nov).
  • Ketua Polis Kuala Lumpur, Rusdi Mohd Isa berkata, pertuduhan itu akan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan, menurut Astro Awani.
  • Sebelum ini, polis memaklumkan laporan awal bedah siasat yang dilakukan pasukan patalogi Unit Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mendapati mangsa mati akibat dipukul di dada dengan menggunakan objek tumpul.
  • Pada 12 November lalu, polis menahan seorang lelaki selepas dipercayai membunuh ibu kandungnya yang berusia 80-an sebelum menyumbat mayat wanita itu ke dalam peti sejuk beku sejak Mac 2021 di rumahnya di Taman OUG.
Dijana oleh AI
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang dipercayai memukul ibu kandungnya hingga maut sebelum menyumbat mayat mangsa ke dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya di Taman OUG, akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Selasa (26 Nov).

Ketua Polis Kuala Lumpur, Rusdi Mohd Isa berkata, pertuduhan itu akan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan, menurut Astro Awani.

Menurutnya, tempoh lanjutan reman ke atas lelaki berusia 53 tahun itu juga akan berakhir esok.

“Kita sudah rujuk kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) pada hari ini (Isnin) dan AGC bersetuju agar suspek dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin, seperti dipetik Astro Awani.

Mengulas lanjut, Encik Rusdi berkata, setakat ini polis sudah merekodkan keterangan 13 saksi termasuk jiran mangsa.

Sebelum ini, polis memaklumkan laporan awal bedah siasat yang dilakukan pasukan patalogi Unit Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mendapati mangsa mati akibat dipukul di dada dengan menggunakan objek tumpul.
Pada 12 November lalu, polis menahan seorang lelaki selepas dipercayai membunuh ibu kandungnya yang berusia 80-an sebelum menyumbat mayat wanita itu ke dalam peti sejuk beku sejak Mac 2021 di rumahnya di Taman OUG.

Perkara itu terbongkar selepas suspek yang dilaporkan mengalami masalah kesihatan menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan.
Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita