Kes bunuh ibu: Polis Malaysia sahkan tahan anak lelaki mangsa
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat ibunya dalam peti sejuk beku di sebuah rumah di Taman OUG hari ini (12 Nov), menurut BH Online.
Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa berkata, polis menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 8.48 pagi.
"Susulan itu, polis menahan lelaki tempatan berusia 53 tahun bagi membantu siasatan kes ini.
"Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk proses bedah siasat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, motif pembunuhan masih dalam siasatan, seperti dinukil BH Online.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sumber : Agensi berita/IM/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.