Kes bunuh ibu: Jasad masih beku, bedah siasat belum dijalankan
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Bedah siasat mayat wanita berusia lingkungan 80-an yang dipercayai dibunuh oleh anak lelakinya dan disimpan di dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di Taman OUG, Jalan Klang Lama, dijangka dilakukan tengah hari Rabu (13 Nov).
Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Ku Mashariman Ku Mahmood, proses berkenaan belum dapat dilakukan buat masa ini kerana mayat mangsa masih dalam keadaan beku.
“Kita masih lagi menunggu bedah siasat yang akan dijalankan oleh pegawai perubatan.
“Proses itu akan dilakukan selepas ais cair kerana mayat dalam keadaan beku,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.

Ditanya mengenai status waris atau ahli keluarga mangsa, beliau memaklumkan polis sedang mengumpulkan maklumat berhubung perkara itu.
“Mayat akan dituntut selepas proses bedah siasat selesai. Tapi (waris), kita belum ada maklumat lagi dan sedang menyiasat,” tambah beliau.
Pada Selasa, Ketua Polis Kuala Lumpur, Rusdi Mohd Isa dalam kenyataan memaklumkan telah menahan seorang suspek lelaki tempatan berumur 53 tahun bagi membantu siasatan.

Menurut beliau, mayat mangsa telah dihantar ke Pusat Forensik, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan motif pembunuhan masih dalam siasatan.
Mangsa yang dipercayai dibunuh pada Mac 2021 dibalut dengan tuala dan plastik sebelum diletakkan di dalam peti sejuk beku.

Sumber : Agensi berita/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.