Skip to main content

Dunia

Kes bunuh diri dalam kalangan budak sekolah Jepun catat rekod tinggi tatkala pandemik

 Kes bunuh diri dalam kalangan kanak-kanak di Jepun mencatatkan jumlah tertinggi dalam lebih empat dekad, lapor media tempatan, memetik kementerian pendidikan negara itu. 

Anggaran Waktu Membaca:
Kes bunuh diri dalam kalangan budak sekolah Jepun catat rekod tinggi tatkala pandemik

Kanak-kanak di luar Taman Sukan Bandar Aomi, sehari selepas pembukaan rasmi Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Tokyo, Jepun, pada 24 Jul 2021. (Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 14 Oct 2021 11:20AM Dikemas Kini : 14 Oct 2021 11:24AM

TOKYO: Kes bunuh diri dalam kalangan kanak-kanak di Jepun mencatatkan jumlah tertinggi dalam lebih empat dekad, lapor media tempatan, memetik kementerian pendidikan negara itu.

Ketika pandemik COVID-19 menyebabkan penutupan sekolah dan menggangu pembelajaran di bilik darjah pada tahun lalu, 415 kanak-kanak dari peringkat sekolah rendah hingga menengah dilaporkan membunuh diri, menurut tinjauan kementerian pendidikan.

Jumlah tersebut naik hampir 100 berbanding tahun lalu, yang tertinggi pernah dilaporkan sejak rekod insiden sedemikian mula dirakamkan pada 1974, lapor akhbar Asahi pada Khamis (14 Okt).

Perbuatan membunuh diri mempunyai sejarah panjang di Jepun. Ia dianggap sebagai cara menghindari rasa malu atau penghinaan dengan kadar bunuh diri di negara tersebut sudah sekian lama mendahului Kumpulan Negara-Negara ekonomi maju (G7). Namun, usaha nasional berjaya menurunkan bilangannya sekitar 40 peratus selama 15 tahun, termasuk kemerosotan 10 tahun berturut-turut dari 2009.

Kes bunuh diri meningkat pada 2020 di tengah-tengah pandemik dengan jumlah wanita yang membunuh diri melonjak dek tekanan emosi dan kewangan, disebabkan oleh koronavirus itu. Jumlah lelaki yang membunuh diri adalah lebih rendah.

Kementerian pendidikan menyatakan jumlah rekod lebih 196,127 budak sekolah tidak hadir ke sekolah selama 30 hari atau lebih lama, lapor media tempatan.

Hasil tinjauan menunjukkan perubahan pada persekitaran sekolah dan keadaan di rumah akibat pandemik membawa kesan besar pada tingkah laku kanak-kanak, menurut NHK, memetik seorang pegawai kementerian pendidikan.  

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita