Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes baru 'demam' susut bawah paras 100,000, sedang Korea Utara lawan COVID-19

Kes demam harian di Korea Utara merosot ke paras bawah 100,000 buat julung-julung kalinya, menurut media negara itu pada Sabtu (27 Mei). Ini dicatatkan kurang tiga minggu selepas negara itu kali pertama memperakui penularan COVID-19 telahpun melanda negara tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes baru 'demam' susut bawah paras 100,000, sedang Korea Utara lawan COVID-19

(Gambar: STR/KCNA via KNS/AFP)

Diterbitkan : 28 May 2022 08:20AM Dikemas Kini : 28 May 2022 08:20AM
SEOUL: Kes demam harian di Korea Utara merosot ke paras bawah 100,000 buat julung-julung kalinya, menurut media negara itu pada Sabtu (27 Mei). Ini dicatatkan kurang tiga minggu selepas negara itu kali pertama memperakui penularan COVID-19 telahpun melanda negara tersebut.

Negara terpencil itu bergelut untuk membendung gelombang COVID-19 yang belum pernah berlaku sejak mengisytiharkan keadaan darurat dan mengenakan perintah berkurung di seluruh negara pada bulan ini.

Langkah tersebut menimbulkan keprihatinan terhadap kekurangan vaksin, bekalan perubatan serta ketidakcukupan makanan.

Sekitar 88,520 orang mengalami gelaja demam setakat lewat petang Jumaat berbanding hampir 400,000 sekitar 10 hari lalu, menurut agensi berita rasmi KCNA, yang memetik data daripada ibu pejabat pencegahan epidemik kecemasan negara.

Jumlah pesakit yang demam sejak April meningkat kepada 3.36 juta daripada keseluruhan 25 juta penduduk.

Setakat Jumaat, angka korban adalah 69 dan KCNA tidak melaporkan sebarang kes kematian baru.

Korea Utara belum mengesahkan jumlah individu yang diuji positif koronavirus, yang disebabkan oleh kekurangan bekalan ujian.

Para pakar berkata perangkaan yang dilaporkan mungkin lebih rendah berbanding jumlah sebenar dan ia sukar untuk menilai skala semasa situasi.

"Beberapa benteng perlindungan sudahpun dibangunkan untuk perintah berkurung dan penutupan ibu kota, sempadan, pantai, laut dan ruang udara bagi memeriksa dengan rapi kemunculan varian baru virus," tambah KCNA.

Korea Selatan dan Amerika Syarikat sudahpun menawarkan bantuan kepada Korea Utara untuk melawan pandemik COVID-19, termasuk menyumbangkan vaksin, tetapi Pyongyang masih belum memberikan jawapan.
Sumber : Reuters/FZ/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa