Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes baru COVID-19 susut ke paras bawah 4,000 di Saudi

Anggaran Waktu Membaca:

RIYADH: Kes baru COVID-19 di Arab Saudi menjangkaui 4,000 pada Selasa(1 Feb) dengan 3,861 jangkitan baru dicatatkan sepanjang tempoh 24 jam yang lalu.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan negara itu, seorang pesakit meninggal dunia sepanjang tempoh 24 jam lalu akibat komplikasi yang disebabkan oleh jangkitan virus tersebut.

Dengan ini, jumlah terkumpul jangkitan yang disahkan di Saudi adalah sebanyak 691,125 kes dan 8,941 kematian yang berhubung kait dengan koronavirus sejauh ini.

Menurut kementerian itu lagi, seramai 4,377 pesakit sudah pulih dalam tempoh 24 jam yang lalu, menjadikan jumlah keseluruhan individu yang bebas daripada virus maut itu kepada seramai 644,730.

Dalam kalangan kes-kes aktif, 981 kini dalam keadaan tenat.

Sumber : Agensi berita/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan