Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes baru COVID-19 M'sia turun sedikit setelah jangkaui 17,000 dua hari berturut-turut

Kes baru positif COVID-19 hari ini (30 Jul) turun sedikit dengan 16,840 kes setelah dua hari berturut-turut merekodkan angka melebihi 17,000.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes baru COVID-19 M'sia turun sedikit setelah jangkaui 17,000 dua hari berturut-turut

(Gambar: Mohd RASFAN / AFP)

Diterbitkan : 30 Jul 2021 05:44PM Dikemas Kini : 30 Jul 2021 05:51PM

KUALA LUMPUR: Kes baru positif COVID-19 hari ini (30 Jul) turun sedikit dengan 16,840 kes setelah dua hari berturut-turut merekodkan angka melebihi 17,000.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di Twitter berkata jumlah kumulatif kes dalam negara kini meningkat kepada 1,095,486.

Selangor kekal menjadi negeri yang mencatatkan pertambahan kes tertinggi iaitu sebanyak 6,092 kes, diikuti Kuala Lumpur dengan 2,114 kes.

“Selain itu, Kedah merekodkan 1,281 kes; Johor (1,104); Negeri Sembilan (1,079); Sabah (1,066); Perak (810); Pulau Pinang (689); Kelantan (656); Melaka (581); Pahang (540); Sarawak (450); Terengganu (258) ,” katanya.

Putrajaya pula merekodkan sebanyak 100 kes, diikuti Perlis (13), manakala Labuan (tujuh).

Sumber : Bernama/IH/ih
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan