Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes baru COVID-19 Korea Selatan jangkaui 100,000 buat pertama kali dalam 3 bulan

Anggaran Waktu Membaca:

SEOUL: Jumlah kes baru COVID-19 di Korea Selatan melepasi 100,000 buat pertama kali dalam tempoh lebih tiga bulan pada Rabu (27 Jul) sedang gelombang baru subvarian Omicron merebak dengan pantas. 

Sebanyak 100,385 kes baru COVID-19 dilaporkan di negara tersebut, menurut Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA). 

Ini membawa jumlah terkumpul kepada sebanyak 19,446,946 kes. 

Jumlah yang dicatatkan pada Rabu (27 Jul) adalah yang tertinggi sejak 111,291 kes dilaporkan pada 20 April dan meningkat berbanding 99,327 kes pada Selasa (26 Jul), lapor agensi berita Yonhap. 

Jumlah kes harian COVID-19 melonjak kepada berpuluh-puluh ribu daripada beberapa ribu saja sejak lewat Jun sedang subvarian Omicron BA.5 terus menular. 

Jumlah kes import, iaitu sebanyak 532 kes, yang dilaporkan pada Rabu (27 Jul) adalah yang tertinggi bagi kategori tersebut sejak Korea Selatan melaporkan kes pertama COVID-19 pada Januari 2020 yang dipercayai adalah hasil pelonggaran sekatan sempadan ke atas para pelawat antarabangsa. 

Pihak berkuasa kesihatan bagaimanapun menegaskan bahawa ia tidak akan menguatkuasakan semula sekatan COVID-19  seperti penjarakan sosial yang tegas dan sekatan pada tempoh operasi perniagaan, meskipun terdapat keprihatinan terhadap penularan virus tersebut. 

"Kami percaya bahawa langkah penjarakan sosial untuk membendung penularan tidak lagi berkesan dan kami akan meneruskan usaha untuk memulihkan kehidupan seharian dan mengurangkan kesan sosial serta ekonomi," kata Pesuruhjaya KDCA Peck Kyong-ran dalam satu taklimat. 

Pihak berkuasa kesihatan meramalkan kes jangkitan COVID-19 akan terus meningkat dalam tempoh dua hingga tiga minggu akan datang. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan