Skip to main content

Dunia

Kes baru COVID-19 di Saudi kekal bawah paras 2,000

Anggaran Waktu Membaca:

RIYADH: Jumlah kes baru COVID-19 yang dicatatkan di Arab Saudi kekal di bawah paras 2,000 pada Khamis (17 Feb).

Sebanyak 1,569 kes baru dilaporkan di negara tersebut dalam tempoh 24 jam yang lalu, lapor Saudi Gazette.

Satu kematian akibat komplikasi jangkitan virus tersebut dilaporkan dalam tempoh yang sama, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Arab Saudi.

Ini membawa jumlah terkumpul kes di Arab Saudi kepada 735,958 jangkitan dan angka korban pula sebanyak 8,978, lapor Saudi Gazette lagi.

Sebanyak 2,847 kes sudah pulih dalam tempoh tersebut, menjadikan jumlah pesakit yang pulih sepenuhnya seramai 704,896.

Antara kes-kes aktif yang dilaporkan, 962 daripada mereka kini dalam keadaan tenat.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita