Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes baru COVID-19 di M'sia terus merosot

Kes jangkitan COVID-19 di Malaysia terus menunjukkan kemerosotan apabila 2,641 kes baru dilaporkan pada Isnin (10 Jan) daripada 2,888 kes semalam. Dengan itu, jumlah terkumpul kes koronavirus di negara itu kini 2,788,860.

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Kes jangkitan COVID-19 di Malaysia terus menunjukkan kemerosotan apabila 2,641 kes baru dilaporkan pada Isnin (10 Jan) daripada 2,888 kes semalam. Dengan itu, jumlah terkumpul kes koronavirus di negara itu kini 2,788,860.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sebanyak 2,808 kes sembuh dilaporkan setakat 12.00 tengah hari ini sekali gus menyumbang kepada keseluruhan 2,717,422 individu pulih daripada wabak itu.

“Daripada jumlah kes harian yang dilaporkan hari ini, sebanyak 57 kes atau 2.2 peratus adalah Kategori Tiga, Empat, dan Lima manakala 2,584 kes (97.8 peratus) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.

“Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebanyak 253 kes sementara 106 kes memerlukan bantuan pernafasan dan terdapat empat kelompok baru turut dikesan hari ini,” katanya menerusi satu kenyataan mengenai perkembangan pandemik itu hari ini.

Beliau berkata nilai kadar kebolehjangkitan (Rt) negara kini pada paras 0.98 dengan Labuan mencatatkan nilai tertinggi iaitu 1.19 diikuti oleh Sabah (1.07), Kuala Lumpur (1.06), Melaka (1.03), Negeri Sembilan (1.02) dan Kedah (1.00). 

Sementara itu, mengenai keadaan banjir, Dr Noor Hisham berkata setakat 3.00 petang tadi, KKM mengesan hanya satu kes positif COVID-19 dalam kalangan mangsa banjir, menjadikan jumlah keseluruhan kini 470 kes.

Beliau berkata KKM turut mengesan 23 penyakit berjangkit melibatkan mangsa bencana itu yang merangkumi 10 kes penyakit kulit, sembilan kes keradangan perut dan usus akut (AGE) dan empat Jangkitan Saluran Pernafasan Akut (ARI).

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan