Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes baru COVID-19 di M'sia naik sedikit kepada 4,362

Kes baru COVID-19 di Malaysia merekodkan sedikit peningkatan dengan 4,362 kes dilaporkan hari ini (17 Dis) berbanding 4,262 semalam. Dengan itu, jumlah terkumpul kes kini 2,711,764.

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Kes baru COVID-19 di Malaysia merekodkan sedikit peningkatan dengan 4,362 kes dilaporkan hari ini (17 Dis) berbanding 4,262 semalam. Dengan itu, jumlah terkumpul kes kini 2,711,764.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah kes baru tersebut, 4,334 adalah kes jangkitan tempatan manakala 28 lagi kes import.

“Sebanyak 89 kes atau dua peratus adalah kategori tiga, empat dan lima manakala 4,273 kes atau 98 peratus melibatkan kategori satu dan dua”, katanya dalam kenyataan hari ini. 

Dr Noor Hisham berkata 5,098 kes sembuh dicatatkan, menjadikan keseluruhan kes pulih kini 2,625,245 manakala 400 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 198 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. 

Beliau berkata 12 kelompok baru dikesan hari ini dan jumlah kelompok masih aktif meningkat kepada 257. Nilai Rt (kadar kebolehjangkitan) di Malaysia setakat semalam jatuh kepada 0.90.

Selain itu, Dr Noor Hisham berkata perincian nilai RT setakat 16 Disember mengikut negeri menyaksikan Negeri Sembilan mencatatkan nilai tertinggi dengan nilai 1.02, diikuti Pahang dan Pulau Pinang masing-masing dengan nilai 1.00.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan