Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes baru COVID-19 di M'sia merosot sedikit kepada 21,072

Kes baru COVID-19 di Malaysia merosot sedikit hari ini (13 Feb) kepada 21,072 kes berbanding 22,802 semalam (12 Feb), selepas tujuh hari berturut-turut mencatatkan peningkatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes baru COVID-19 di M'sia merosot sedikit kepada 21,072

Orang ramai beratur untuk menjalani ujian COVID-19 di Seri Kembangan, Malaysia, pada 12 Jul 2021. (Gambar fail: Lim Huey Teng/REUTERS)

KUALA LUMPUR: Kes baru COVID-19 di Malaysia merosot sedikit hari ini (13 Feb) kepada 21,072 kes berbanding 22,802 semalam (12 Feb), selepas tujuh hari berturut-turut mencatatkan peningkatan.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menerusi catatan di Twitter berkata kumulatif kes kini bertambah kepada 3,040,235.

Daripada jumlah kes baru itu, sebanyak 99.59 peratus atau 20,986 kes berada dalam kategori satu dan dua, manakala 0.41 peratus atau 86 kes adalah bagi kategori tiga, empat dan lima.

Beliau berkata kadar kebolehjangkitan COVID-19 (Rt) pula mencatatkan 1.49 semalam dengan Labuan mencatatkan nilai Rt tertinggi iaitu 2.14, diikuti Sarawak (1.67), Sabah (1.66), Perlis (1.47) dan Pulau Pinang (1.46).

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan