Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes baru COVID-19 di Korea Selatan jatuh ke paras bawah 400,000

Anggaran Waktu Membaca:

SEOUL: Jumlah kes baru COVID-19 di Korea Selatan kini semakin berkurangan.

Ia sudah merosot ke paras bawah 400,000 kes pada Sabtu (19 Mac). 

Namun, masih terdapat keprihatinan terhadap varian Omicron yang mudah berjangkit di tengah-tengah langkah pemerintah untuk menggugurkan penjarakan sosial yang ketat. 

Sebanyak 381,454 kes baru COVID-19 dilaporkan hari ini, termasuk 63 kes import. 

Ini membawa jumlah terkumpul kepada 9,038,938 kes, menurut Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA). 

Jumlah hari ini merosot secara mendedak berbanding paras tertinggi, iaitu sebanyak 621,328 kes yang dilaporkan pada Khamis (17 Mac). 

Angka korban COVID-19 adalah sebanyak 12,101, naik 319 berbanding Jumaat (18 Mac), lapor agensi berita Yonhap. 

Kadar kematian pula mencecah 0.13 peratus. 

Jumlah pesakit tenat kekal pada paras 1,049, sama seperti hari sebelumnya.

Mulai Isnin (21 Mac), pemerintah akan melonggarkan had perhimpunan privet kepada lapan orang berbanding enam orang sekarang, manakala waktu operasi perniagaan masih dikekalkan sehingga pukul 11.00 malam. 

Seoul melaporkan 82,132 kes baru, manakala wilayah Gyeonggi dan bandar pelabuhan Incheon masing-masing mencatatkan 101,523 dan 20,838 kes. 

Setakat Sabtu (19 Mac), 63 peratus penduduk sudah menerima suntikan dos penggalak, manakala 86.6 peratus penduduk sudah lengkap divaksin, menurut KDCA.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan