Skip to main content

Dunia

Kes baru COVID-19 Arab Saudi kekal bawah 4,000; ramai semakin pulih

Anggaran Waktu Membaca:

RIYADH: Jumlah kes baru COVID-19 Arab Saudi kekal di bawah 4,000 pada Ahad (30 Jan).

Sebanyak 3,669 kes baru jangkitan dilaporkan dalam tempoh 24 jam yang lalu, menurut Saudi Gazette. 

Tiga kematian akibat komplikasi berkaitan koronavirus dilaporkan dalam tempoh yang sama, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Saudi. 

Ini membawa jumlah leseluruhan kes jangkitan yang disahkan di Saudi kepada 683,053 dan kes kematian akibat virus tersebut kepada 8,936. 

Seramai 4,375 pesakit sudah pulih dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah pesakit yang sudah pulih seramai 635,191. 

Antara kes aktif COVID-19 yang dikesan, 940 berada dalam keadaan tenat, menurut kementerian kesihatan Saudi seperti yang dilaporkan Saudi Gazette. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita