Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes Afrika Selatan di ICJ persenda genosid, tegas Israel

Anggaran Waktu Membaca:
THE HAGUE: Israel mempertahankan tindakan ketenteraannya ke atas Gaza pada Jumaat (17 Mei) di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), dan meminta hakim menolak permintaan Afrika Selatan yang mengarahkan Israel menghentikan operasinya di Rafah serta berundur dari kawasan tersebut.

Pegawai Kementerian Kehakiman Israel, Gilad Noam, menyifatkan kes Afrika Selatan yang menuduh Israel melanggar Konvensyen Pembunuhan Beramai-Ramai, sebagai "jauh daripada fakta dan keadaan sebenar".

"Kes itu mempersenda tuduhan kejam pembunuhan beramai-ramai," kata Encik Noam.

Beliau menyifatkannya sebagai "eksploitasi menjelikkan ke atas konvensyen paling suci,", yang merujuk kepada perjanjian antarabanga yang melarang pembunuhan beramai-ramai.

Prejanjian tersebut dipersetujui berikutan pembunuhan beramai-ramai masyarakat Yahudi Eropah semasa Perang Dunia Kedua.

Konvensyen itu memerlukan setiap negara untuk bertindak mencegah pembunuhan beramai-ramai, dan ICJ, juga dikenali sebagai Mahkamah Dunia, yang mendengar pertikaian antara negara, membuat kesimpulan bahawa ia memberi Afrika Selatan hak untuk meneruskan kes tersebut.

"Perang sedang berlaku, namun tiada pembunuhan beramai-ramai" di Gaza, tegas Encik Noam.

Dalam keputusan lalu, mahkamah itu menolak permintaan Israel untuk menolak kes tersebut, dan mengarahkan Israel supaya mencegah tindakan pembunuhan beramai-ramai ke atas rakyat Palestin, meskipun ia tidak mengarahkan Israel menghentikan serangan itu.

Pasukan undang-undang Afrika Selatan, yang mengemukakan kesnya supaya langkah kecemasan baharu diambil pada hari sebelumnya, berkata operasi ketenteraan Israel merupakan sebahagian daripada rancangan pembunuhan beramai-ramai, bertujuan untuk memusnahkan rakyat Palestin.

Duta Afrika Selatan ke Belanda, Vusimuzi Madonsela, meminta mahkamah mengarahkan Israel "mengundurkan tenteranya dari seluruh Semenanjung Gaza dengan segera, sepenuhnya dan tanpa sebarang syarat".

Encik Noam berkata operasi ketenteraan Israel tidak disasarkan ke atas orang awam, namun ia menyasar Hamas yang menggunakan Rafah sebagai tempat berlindung, menerusi sistem terowong yang boleh digunakan untuk menyeludup tebusan dan anggotanya keluar dari Gaza.
Sumber : Reuters/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan