Kes 1MDB: Najib gagal dalam rayuan untuk dapatkan dokumen bank berkaitan keluarga mantan Gabenor Bank Negara
Anggaran Waktu Membaca:
Kenderaan yang membawa bekas Perdana Menteri Najib Razak tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada 8 Dis. (Gambar: Bernama)
PUTRAJAYA: Najib Razak gagal dalam rayuannya pada Khamis (8 Dis) bagi mendapatkan dokumen perbankan berkaitan bank pelaburan Goldman Sachs dan keluarga mantan Gabenor Bank Negara, Dr Zeti Akhtar Aziz, untuk digunakan dalam perbicaraan kesnya melibatkan dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Keputusan itu dibuat panel tiga hakim Mahkamah Rayuan - terdiri daripada Kamaludin Md Said, Wira Ahmad Nasfy Yasin dan Nordin Hassan - yang menolak rayuan Najib.
Encik Nordin, yang menyampaikan keputusan mahkamah, berkata dokumen yang diminta Encik Najib berkaitan dakwaan dana yang diterima oleh keluarga Dr Zeti tidak relevan dengan pertuduhan yang dihadapinya (Najib) dan dokumen itu tidak akan membantunya dalam pembelaan diri.
"Dokumen itu tidak akan membantu perayu (Najib) untuk membuktikan kekurangan pengetahuannya tentang transaksi dalam akaun banknya. Selain itu, pembelaan perayu seperti yang dikemukakan kepada saksi pendakwaan adalah beliau telah diperdaya oleh seorang yang bernama Jho Low."
Beliau berkata mahkamah juga mendapati kredibiliti DrZeti, walaupun jika terbukti tidak boleh dipercayai, akan menunjukkan konsistensi atau tidak konsisten dengan fakta dan isu dalam kes Encik Najib.
Dalam permohonannya, bekas perdana menteri Malaysia itu berkata dokumen perbankan tersebut relevan untuk pembelaan dalam perbicaraannya bagi pertuduhan penyelewengan RM2.3 bilion (S$707 juta) dana 1MDB, bertujuan menunjukkan integriti Dr Zeti sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia ketika itu, sudah terjejas serta mencabar kredibilitinya.
Mengenai permohonan Encik Najib untuk mendapatkan keterangan saksi yang direkodkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hakim itu berkata di bawah undang-undang, kenyataan tersebut adalah dokumen istimewa.
Beliau berkata alasan tidak mendedahkan keterangan saksi adalah untuk mengelak bahaya sebenar terhadap saksi.
Mengenai permohonan Encik Najib untuk mendapatkan telefon bimbit dan kata laluan bekas jurubank Sachs Goldman, Tim Leissner, hakim itu berkata barang-barang tersebut tidak berada dalam simpanan pihak pendakwaan dan mahkamah tidak akan bertindak sia-sia.
"Adalah keputusan sebulat suara kami bahawa tidak ada kesilapan oleh Mahkamah Tinggi terhadap kedua-dua usul pemula (Najib) yang mewajarkan campur tangan mahkamah ini," katanya sambil menambah bahawa rayuan itu ditolak dan keputusan Mahkamah Tinggi disahkan.
Bekas perdana menteri itu merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 12 Julai tahun lalu, yang menolak dua permohonan penemuannya untuk meminta pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes 1MDBnya supaya mendedahkan dokumen perbankan yang dikaitkan dengan keluarga Dr Zeti, atas dakwaan bahawa keluarganya didakwa menerima wang daripada ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.
Encik Najib memfailkan permohonan pada 24 Mac tahun lalu untuk meminta pihak pendakwaan memberikan beberapa penyata perbankan daripada syarikat termasuk Aktis Capital Singapore Pte Ltd, Country Group Securities Public Company Ltd, ACME Time Ltd (BVI), Butamba Investments Ltd dan Central Holdings Ltd. Ia dipercayai mempunyai kaitan dengan Jho Low dan keluarga Dr Zeti dalam kes 1MDBnya.
Beliau juga memfailkan permohonan kedua pada 7 April tahun lalu untuk mendapatkan perjanjian penyelesaian sulit antara kerajaan dengan Goldman Sachs Group pada 2020 dan transkrip atau laporan forensik berhubung telefon bekas rakan kongsi Goldman Sachs di Asia, Tim Leissner.
Encik Najib kini dibicarakan atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion (S$707 juta) daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan kesnya kini didengar di Mahkamah Tinggi di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.