Kes 1MDB: Malaysia tidak akan pertimbang sebarang permohonan pengampunan Jho Low, kata PM Anwar
Anggaran Waktu Membaca:
Ahli perniagaan Malaysia, Jho Low. (Gambar fail: Facebook/Jho Low)
- Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan Malaysia tidak akan mempertimbangkan permohonan pengampunan untuk Jho Low kerana prosiding mahkamah masih berjalan.
- Jho Low, yang diburu atas dakwaan penyelewengan dana 1MDB, dilaporkan telah memohon pengampunan kepada Presiden Amerika Syarikat beberapa minggu lalu.
- Anwar menyatakan beliau tidak dimaklumkan mengenai sebarang permohonan rasmi dan menegaskan isu itu tidak perlu dibincangkan selagi proses undang-undang belum selesai.
- Kerajaan Malaysia tidak akan membantah secara rasmi tindakan Amerika Syarikat, dan menganggap keputusan negara itu adalah urusan mereka sendiri.
SEREMBAN: Malaysia tidak akan mempertimbangkan sebarang permohonan pengampunan melibatkan ahli perniagaan yang menjadi buruan pihak berkuasa, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata bagi kerajaan Malaysia, isu itu tidak timbul kerana prosiding mahkamah melibatkan individu berkenaan masih berjalan.
“Tiada isu, kita tidak akan mempertimbangkannya,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2026, pada Jumaat (15 Mei).
Ditanya sama ada kerajaan akan membantah secara rasmi sebarang tindakan oleh Amerika Syarikat berhubung perkara itu, Encik Anwar berkata: “Bagi pihak kita, kita tidak akan mengambil pendekatan itu … namun, sudah tentu apa jua keputusan Amerika Syarikat, ia urusan mereka sendiri.”
Perdana Menteri itu berkata beliau juga tidak dimaklumkan mengenai sebarang permohonan pengampunan yang dikemukakan Jho Low.
“Kita telah menjelaskannya dengan sejelas-jelasnya, ia tidak menjadi isu. Walaupun dia (Jho Low) ada kemuka permohonan (pengampunan), ia bukan perkara yang perlu kita bincangkan kerana dia masih melalui proses perundangan di mahkamah,” kata beliau.
Dua hari lalu, media asing melaporkan Jho Low yang didakwa oleh Amerika Syarikat sebagai dalang penipuan kewangan terbesar dalam sejarah, dipercayai sudah mengemukakan permohonan pengampunan kepada Presiden Donald Trump beberapa minggu yang lalu.
Menurut laporan itu, kelulusan permohonan berkenaan akan menyebabkan tuduhan jenayah di Amerika Syarikat terhadap Jho Low digugurkan.
Laporan itu turut menyatakan laman web Jabatan Keadilan Amerika Syarikat menyenaraikan permohonan atas nama Taek Jho Low sebagai “pending” bagi “Pardon after Completion of Sentence”.
Ahli perniagaan itu didakwa pada 2018 kerana menyeleweng kira-kira AS$4.5 bilion (S$5.7 bilion) daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), tetapi dia masih bebas dan diburu pihak berkuasa.

Sumber : Bernama/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.