Skip to main content

Dunia

Kes 1MDB: Mahkamah Tinggi tolak dakwaan Najib derma politik dari keluarga diraja Saudi

Anggaran Waktu Membaca:
Kes 1MDB: Mahkamah Tinggi tolak dakwaan Najib derma politik dari keluarga diraja Saudi
Mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada pukul 8.53 pagi sebelum kes mahkamahnya yang dijadualkan, 22 Disember 2025. (Gambar: CNA/Fadza Ishak)
Diterbitkan : 26 Dec 2025 03:01PM Dikemas Kini : 26 Dec 2025 04:00PM
PUTRAJAYA: Mahkamah Tinggi menolak dakwaan Najib Razak bahawa wang berjumlah RM2.3 bilion (S$729 juta) dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah sumbangan politik daripada keluarga diraja Arab Saudi selepas mendapati dana itu dipindahkan terus ke akaun peribadinya.

Keputusan itu disampaikan oleh Collin Lawrence Sequerah, yang ketika itu Hakim Mahkamah Tinggi dan kini merupakan Hakim Mahkamah Persekutuan, sewaktu membacakan penghakiman dalam kes Najib berhubung 1MDB bernilai RM2.3 bilion.

Dalam penghakimannya, Hakim Sequerah berkata tiada resit dikeluarkan oleh kerajaan atau mana-mana parti politik yang mengakui penerimaan wang tersebut.

“Tiada juga bukti pengakuan rasmi oleh kerajaan atau mana-mana parti politik kepada penderma yang didakwa, mahupun oleh tertuduh sendiri. Selain itu, surat sumbangan Arab yang didakwa ditujukan ke kediaman peribadi tertuduh dan bukannya ke alamat rasmi atau parti,” kata hakim itu.

Beliau menegaskan bahawa tiada rekod rasmi atau minit oleh tertuduh mengenai sumbangan yang didakwa itu, mahupun bukti yang mengaitkan penderma keluarga diraja itu dengan sumbangan politik yang sah.
Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita