Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes 1MDB: Mahkamah tetapkan 2 Dis untuk Najib Razak bela diri

Mahkamah Tinggi pada Rabu (30 Okt) menetapkan 2 Disember bagi mantan perdana menteri Malaysia Najib Razak untuk membela diri atas semua 25 tuduhan dalam kes berprofil tinggi membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Anggaran Waktu Membaca:
Kes 1MDB: Mahkamah tetapkan 2 Dis untuk Najib Razak bela diri

Mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada 30 Oktober 2024. (Gambar: Fadza Ishak/CNA)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi pada Rabu (30 Okt) menetapkan 2 Disember bagi mantan perdana menteri Malaysia Najib Razak untuk membela diri atas semua 25 tuduhan dalam kes berprofil tinggi membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hakim Collin Lawrence Sequerah (yang kini merupakan hakim Mahkamah Rayuan) menetapkan 97 hari untuk mendengar kes pembelaan bermula dari 2 Disember hingga 7 November tahun depan.

Awal dari itu, dalam keputusannya, Hakim Sequerah mengarahkan Najib, 71, untuk membela diri atas empat tuduhan menggunakan kedudukannya bagi memperoleh rasuah berjumlah RM2.3 bilion (S$697,018) daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah yang sama selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadap mantan perdana menteri itu bagi kesemua 25 tuduhan di akhir kes pendakwaan.

“Mahkamah memerintahkan tertuduh untuk membela diri terhadap semua tuduhan,” kata hakim tersebut.

Hakim Sequerah kemudian meminta jurubahasa mahkamah untuk menerangkan kepada Najib bahawa beliau mempunyai tiga pilihan - memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi, memberikan keterangan tanpa sumpah dari kandang tertuduh, atau berdiam diri.
Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan