Skip to main content

Dunia

Kes 1MDB: Jho Low mohon pengampunan daripada Trump

Ahli perniagaan Malaysia yang diburu, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low memohon pengampunan daripada Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, lapor Wall Street Journal (WSJ) pada Selasa (12 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Kes 1MDB: Jho Low mohon pengampunan daripada Trump

Ahli perniagaan Malaysia, Jho Low. (Gambar fail: Facebook/Jho Low)

Diterbitkan : 13 May 2026 06:12PM
  • Jho Low, ahli perniagaan Malaysia yang diburu, memohon pengampunan daripada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menurut laporan Wall Street Journal.
  • Permohonan itu difailkan dalam beberapa minggu kebelakangan ini dan disenaraikan di laman web Jabatan Keadilan Amerika Syarikat.
  • Jika diluluskan, pengampunan tersebut akan menggugurkan pertuduhan jenayah Amerika Syarikat terhadap Jho Low.
  • Seorang pegawai Rumah Putih menyatakan permohonan Jho Low belum menjadi perhatian Rumah Putih pada masa ini.
Dijana oleh AI
KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan Malaysia yang diburu, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low memohon pengampunan daripada Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, lapor Wall Street Journal (WSJ) pada Selasa (12 Mei).

Namun, Reuters tidak dapat mengesahkan laporan itu dengan segera.

Permohonan berkenaan difailkan dalam beberapa minggu kebelakangan ini, menurut WSJ memetik sumber yang mengetahui tentang perkara tersebut.

Jika diluluskan, pengampunan itu akan menggugurkan pertuduhan jenayah Amerika Syarikat terhadap Low.

Laporan WSJ menyebut laman web Jabatan Keadilan sebagai menyenaraikan permohonan yang masih belum selesai bagi “Pardon after Completion of Sentence” atas nama Taek Jho Low, yang difailkan tahun ini.

Seorang pegawai Rumah Putih berkata permohonan Low ketika ini tidak berada dalam perhatian Rumah Putih, menurut WSJ.
Sumber : Reuters/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita