Kertas siasatan Zakir Naik akan dihantar ke Pejabat Peguam Negara
Kertas siasatan terhadap penceramah bebas, Dr Zakir Naik dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara dalam masa terdekat untuk arahan lanjut.
Dr Zakir Naik tiba di Ibu Pejabat Polis di Bukit Aman, 22 Ogos 2019. (Gambar: Bernama)
KUALA LUMPUR : Kertas siasatan terhadap penceramah bebas, Dr Zakir Naik dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara dalam masa terdekat untuk arahan lanjut.
Ketua Polis Negara Malaysia Abdul Hamid Bador dalam satu kenyataan berkata, pihak polis menerima 515 aduan berhubung isu ceramah Dr Zakir Naik, lapor Astro Awani.
“Kes ini disiasat di bawah seksyen 504 Kanun Keseksaan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) D5 dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Kesalahan di bawah Seksyen 504 adalah berhubung mengutuk secara sengaja dengan niat untuk mengganggu keamanan.
“Sebelum ini Zakir Naik dan beberapa saksi dipanggil untuk memberi keterangan,” katanya pada Jumaat.
Astro Awani melaporkan, pada masa yang sama, pihaknya turut mengeluarkan arahan larangan meneruskan sebarang aktivti ceramah oleh penceramah itu sehingga siasatan selesai.
Dr Zakir juga akur dengan arahan pihak polis untuk tidak terus berceramah di mana-mana majlis di negara itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.