Skip to main content

Dunia

Kertas siasatan kes gangguan seksual Ebit Lew kini di peringkat akhir

Kertas siasatan terhadap pendakwah terkenal Malaysia, Ebit Lew berkaitan kes gangguan seksual kini di peringkat akhir.

Anggaran Waktu Membaca:
Kertas siasatan kes gangguan seksual Ebit Lew kini di peringkat akhir

Gambar: Ebit Lew/Facebook

Diterbitkan : 03 Feb 2022 06:30PM

KUALA LUMPUR: Kertas siasatan terhadap pendakwah terkenal Malaysia, Ebit Lew berkaitan kes gangguan seksual kini di peringkat akhir.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Abd Jalil Hassan berkata kertas siasatan sebelum ini sudah dihantar ke Pejabat Peguam Negara.

"Bagaimanapun, kita menerima semula kertas siasatan itu.

"Kita akan segera menyelesaikan kertas siasatan berkenaan untuk diserahkan ke Pejabat Peguam Negara," katanya semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Khamis (3 Feb) seperti dinukil Sinar Harian.

Sebelum ini, siasatan terhadap pendakwah terkenal, Ebit Lew, 37 tahun, dijalankan selepas pihak polis menerima aduan daripada beberapa individu yang mendakwa pendakwah itu melakukan gangguan seksual.

Menyusuli laporan itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 23 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pada 19 Ogos lalu, Ebit Lew dipanggil polis untuk dirakam keterangan berhubung penyebaran video gangguan seksual yang dikaitkan dengan pendakwah berkenaan.

Bagaimanapun, Ebit Lew ketika ditemui media sebaik selesai memberi keterangan mendakwa dakwaan itu berunsur fitnah kejam ke atas dirinya.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita