Kerosakan kebakaran hutan Los Angeles dianggarkan AS$150 bilion
Anggaran Waktu Membaca:
LOS ANGELES: Anggaran awal kerosakan akibat kebakaran hutan yang sedang berlaku di dalam dan sekitar Los Angeles meningkat kepada antara AS$135 bilion (S$185 bilion) dan AS$150 bilion (S$206 bilion), kata Pengurus Perhubungan Awam AccuWeather Bill Wadell, pada Jumaat (10 Jan), lapor Sputnik/RIA Novosti.
"AccuWeather telah meningkatkan anggaran awal untuk jumlah kerosakan dan kerugian ekonomi akibat kebakaran hutan di California Selatan kepada angka yang mencecah AS$135 bilion (S$185 bilion) hingga AS$150 bilion (S$206 bilion)," kata Encik Wadell di platform X.
Sebelum ini, syarikat media itu menganggarkan kerosakan dan kerugian ekonomi akibat kebakaran hutan di California berada dalam lingkungan AS$52 bilion (S$71 bilion) hingga AS$57 bilion (S$78 bilion).
Sherif Daerah Los Angeles Robert Luna dalam sidang media menyifatkan kerosakan akibat kebakaran hutan itu boleh dibandingkan dengan kesan bom nuklear yang dijatuhkan di kawasan berkenaan.
Beberapa kebakaran hutan tercetus di California sejak Selasa (7 Jan), mengorbankan sekurang-kurangnya 10 orang dan menyebabkan puluhan ribu penduduk terpaksa berpindah.
Gabenor California Gavin Newsom dalam kenyataan awal pagi Jumaat memaklumkan bahawa Pengawal Kebangsaan California tiba di Los Angeles untuk mencegah kejadian menjarah di zon pemindahan.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.