Kerosakan elektrik mungkin punca kejadian kebakaran hotel Korea Selatan sehingga ragut 7 nyawa: Laporan
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Ahn Young-joon/AP
SEOUL: Kebakaran hotel di Korea Selatan yang mengakibatkan tujuh orang maut dan lagi 12 cedera, kemungkinan disebabkan oleh masalah litar pintas atau punca elektrik yang lain.
Demikian menurut laporan agensi berita Yonhap pada Jumaat (23 Ogos).
Kebakaran besar pada malam Khamis di Bucheon itu dapat dipadamkan dalam masa sekitar tiga jam.

Ketua bomba Gyeonggi-do, Cho Seon-ho berkata seorang pelanggan menghidu bau terbakar selepas memasuki bilik di mana kebakaran itu meletus, lalu meminta ditukar bilik.
"Kami percaya faktor elektrik paling berkemungkinan menjadi puncanya," tekan Encik Cho dalam satu taklimat kepada Menteri Dalam Negeri Lee Sang-min, ketika beliau melawat tapak kejadian itu.
Pasukan bomba mengesyaki kebakaran itu bermula di sebuah bilik yang kosong dan asap merebak dengan pantas.
Polis daerah telah membentuk sebuah pasukan siasatan, yang terdiri daripada seramai 84 anggota, untuk menyiasat kebakaran itu.
Menurut polis, siasatan itu akan tertumpu pada punca kebakaran dan kemungkinan terdapat kecuaian dari pihak pengurusan bangunan.

Sumber : AGENCIES/HA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.