Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kerjasama politik UMNO di PRN Melaka diputuskan selepas mesyuarat tiga peringkat

Kerjasama UMNO dan Barisan Nasional (BN) dengan pihak lain pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan diputuskan selepas mesyuarat di tiga peringkat yang dijadual minggu depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Kerjasama politik UMNO di PRN Melaka diputuskan selepas mesyuarat tiga peringkat

Encik Ahmad Zahid Hamidi. (Gambar fail: BERNAMA)

Diterbitkan : 19 Oct 2021 10:04PM Dikemas Kini : 19 Oct 2021 10:10PM

ALOR GAJAH: Kerjasama UMNO dan Barisan Nasional (BN) dengan pihak lain pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan diputuskan selepas mesyuarat di tiga peringkat yang dijadual minggu depan.

Presiden UMNO Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu akan dibincang pada mesyuarat Biro Politik, Majlis Tertinggi UMNO dan Dewan Mesyuarat Tertinggi BN.

"PRN Melaka tentunya menyaksikan suatu landskap baharu dilakar berdasarkan situasi politik semasa. UMNO dan BN ditanya siapakah rakan kongsi politik kami untuk menghadapi PRN ini.

"Saya ingin menyatakan bahawa keputusan muktamad UMNO dan BN dengan mana-mana pihak masih belum diputuskan secara rasmi,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan jentera UMNO negeri Melaka bagi menghadapi PRN hari ini (19 Okt). 

Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka Ab Rauf Yusoh, Setiausaha Agung UMNO Ahmad Maslan, Ketua Wanita UMNO Dr Noraini Ahmad dan Ketua Puteri UMNO Zahida Zarik Khan.

Ahmad Zahid berkata UMNO terbuka menerima pandangan yang diterima daripada pelbagai pihak tetapi segala keputusan akan dibuat secara kolektif apabila tiba masanya.

Katanya buat masa ini, parti itu memberi tumpuan kepada calon yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berdasarkan faktor boleh menang.

Menyifatkan semua kawasan sebagai panas, beliau berkata UMNO melihat kebolehmenangan calon yang akan bertanding pada PRN Melaka berdasarkan sains dan data melalui perangkaan Pilihan Raya Umum ke-13 dan ke-14 serta unjuran parti itu bagi negeri tersebut.

"Kita akan menempatkan jentera dari negeri-negeri di setiap kerusi yang ditandingi UMNO dan BN,” katanya sambil memaklumkan UMNO akan bekerja keras demi kemenangan calon BN.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Abdul Ghani Salleh pada 18 Oktober lalu mengumumkan tarikh pelaksanaan PRN Melaka pada 20 November manakala penamaan calon ialah 8 November dan undi awal pada 16 November.

PRN itu diadakan berikutan pembubaran DUN Melaka setelah kerajaan negeri pimpinan BN hilang majoriti.

Sumber : Bernama/HA/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa