Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kerjasama PN hanya untungkan Bersatu, tegas Ismail Sabri

Anggaran Waktu Membaca:
BERA: Kerjasama PAS-Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN) dilihat hanya akan menguntungkan Bersatu, kata Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri Malaysia itu berkata situasi tersebut kerana Bersatu dilihat tidak mempunyai akar umbi yang kuat di kebanyakan kawasan di seluruh Malaysia, sebaliknya mengharapkan jentera PAS untuk memenangkan calon PN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Encik Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berpandangan PAS seperti tidak belajar daripada pengalaman Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor yang menyaksikan PN ditolak oleh rakyat dan kalah teruk pada kedua-dua PRN itu.

"Saya percaya dalam pilihan raya kali ini, jika PAS berharap Bersatu masih boleh membawa kemenangan kepada mereka, mungkin ia boleh menyebabkan mereka (PAS) kecundang dan tidak menang kerusi seperti yang dijangkakan.

“Oleh sebab itu, saya menyeru kepada pengundi PAS, apabila calon mereka tak bertanding, eloklah beri undi kepada BN,” katanya di sidang media selepas program Kenduri Rakyat di Kampung Bohor Baru, Kuala Bera pada Isnin (8 Nov).

Menurut Encik Ismail Sabri, perkara sama turut dilihat dalam Pakatan Harapan apabila DAP dilihat lebih cenderung mendominasi gabungan tersebut kerana memenangi lebih banyak kerusi pada PRU14 berbanding PKR dan Amanah.

“Dari segi dominasi itu kita menganggap DAP yang mendominasi (dalam PH), serupa juga dalam PN, Bersatu yang mendominasi PN, itu anggapan kitalah," katanya.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan