Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kerjasama Muhyiddin dan Mahathir tidak jejas perikatan PH-BN dalam PRN, jelas PM Anwar

Anggaran Waktu Membaca:
Kerjasama Muhyiddin dan Mahathir tidak jejas perikatan PH-BN dalam PRN, jelas PM Anwar

(Gambar: Facebook/Anwar Ibrahim)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim pada Khamis (6 Jul) berkata bahawa kerjasama antara mantan perdana menteri negara itu, Dr Mahathir Mohama dan Muhyiddin Yassin tidak akan memberi kesan kepada perikatan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) ketika berhadapan Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Encik Anwar memberitahu wartawan bahawa pertemuan antara Dr Mahathir dan Encik Muhyididn - yang juga pengerusi parti pembangkang Perikatan Nasional (PN) - bukanlah perkara baru.
Pada Rabu (5 Jul), Encik Muhyiddin berkata pertemuannya bersama Dr Mahathir melibatkan perbincangan tentang kedudukan dan masa hadapan masyarakat Melayu, serta sokongan Dr Mahathir kepada PN dalam PRN.
Dalam ucapan berasingan, Encik Anwar pada Khamis berkata bahawa beliau dimaklumkan oleh presiden Persatuan Cina Malaysia (MCA) dan Kongres India Malaysia (MIC) tentang keputusan parti tersebut untuk tidak bertanding dalam PRN. MCA dan MIC adalah parti komponen BN.

Menjelang pilihan raya di enam negeri, PH dan PN akan bekerjasama di bawah pakatan kerjasama, sama seperti pakatan di peringkat persekutuan.

Pada Khamis, pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi juga mengumumkan sokongannya terhadap keputusan kedua-dua parti untuk tidak bertanding.
Timbalan Perdana Menteri Malaysia itu juga mengambil perhatian bahawa perkara tersebut akan dibincangkan di mesyuarat dewan tertinggi BN pada Isnin (10 Jul) depan.

Encik Ahmad Zahid menambah bahawa MCA dan MIC akan membantu untuk berkempen bagi kerajaan perpaduan semasa PRN.

Ketika ditanya mengenai kerusi yang diperuntukkan untuk MCA dan MIC, Encik Ahmad Zahid, yang juga presiden UMNO berkata; "Jika mereka tidak inginkannya, kita akan ambil."
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan