Kerja pembaikan di kawasan Masjid India sedang dijalankan
Anggaran Waktu Membaca:
Operasi mencari mangsa dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India ditangguhkan pada awal 24 Ogos 2024. (Gambar: BERNAMA)
KUALA LUMPUR: Dewan Bandararaya Kuala Lumpur (DBKL) bersetuju untuk memberikan maklumat kepada wakil peniaga di Jalan Masjid India mengenai status terkini insiden tanah jerlus, termasuk kemajuan kerja-kerja di lokasi tersebut.
Persetujuan itu dicapai dalam dua sesi libat urus antara DBKL dan beberapa agensi kerajaan, selain wakil perniagaan di sekitar Jalan Masjid India, pada 5 September lalu, lapor Astro Awani.
Dalam kedua-dua sesi berkenaan, DBKL turut memaklumkan berhubung penutupan sebahagian Jalan Masjid India sepanjang 160 meter dari Wisma Yakin sehingga Pondok Polis Jalan Masjid India.
"Penutupan jalan ini adalah bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pemeriksaan utiliti dan struktur tanah.
"DBKL juga telah membentangkan pelan tapak termasuk cadangan pemasangan dinding adang (hoarding) yang telah selesai pada 9 September," tulis DBKL dalam satu kenyataan pada Selasa (10 Sep).
Mengulas lanjut, DBKL memaklumkan, kerja-kerja pembaikan lurang kumbahan di lokasi insiden sedang dijalankan.
"Bagi lurang kumbahan berdekatan Pondok Polis Jalan Masjid India, Indah Water Konsortium (IWK) telah membaiki paip kumbahan dan kerja-kerja pemeriksaan tanah akan bermula pada 10 September, sebelum kerja-kerja kemasan akhir dibuat.
"DBKL turut mencadangkan pelan susun atur baru tapak pengoperasian Pasar Malam Lorong Tuanku Abdul Rahman termasuk cadangan pemindahan penjaja yang terlibat ekoran kerja-kerja pembaikan tanah mendap yang dijalankan," tambah agensi itu, seperti dinukil lapran Astro Awani.
Dalam pada itu, DBKL turut menyatakan wakil pengurusan Masjid India memohon supaya diberi ruang saf tambahan di luar masjid bagi solat Jumaat kerana ruangan sedia ada di dalam masjid kini sesak.
Ini termasuk para peniaga sekitar Jalan Masjid India yang turut memohon kerjasama DBKL untuk membuat hebahan secara berterusan bagi menarik orang ramai berkunjung ke Jalan Masjid India.
"DBKL dan semua agensi berganding bahu menjalankan kerja-kerja membaik pulih kawasan sekitar Masjid India termasuk kerja-kerja pemulihan dan pembinaan semula bagi memastikan kawasan itu kekal selamat untuk dikunjungi," katanya.
Antara pihak terlibat dalam dua sesi libat urus itu adalah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) M Kula Segaran, Malaysia Indian Goldsmiths & Jewellers Association, peniaga di Wisma Yakin, wakil Pengurusan Masjid India, wakil penjaja di Jalan Masjid India dan Pasar Malam Jalan Tuanku Abdul Rahman, serta wakil Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor.
Manurut laporan Astro Awani, DBKL diwakili Pengarah Eksekutif Pengurusan Projek dan pegawai kanan pelbagai jabatan Mohamad Hamim selain kehadiran Indah Water Konsortium dan Jabatan Mineral & Geosains.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.