Kerja naik taraf Zoo Johor dijangka siap suku pertama 2024
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail: Agensi berita
JOHOR BAHRU: Kerja-kerja menaik taraf Zoo Johor Fasa 1 akan mengambil masa tujuh bulan dan dijangka siap sepenuhnya menjelang suku pertama tahun hadapan, kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Mohd Jafni Md Shukor.
Beliau berkata zoo berusia 95 tahun itu kini ditutup bagi pelaksanaan Fasa 1 meliputi lima zon utama iaitu balai ketibaan, pintu masuk utama, pekarangan, sebahagian sangkar burung dan tempat penyediaan makanan haiwan yang baharu.
"Objektif intervensi ini hanya melibatkan penambahbaikan infrastruktur umum seperti kawasan tempat menurunkan penumpang dan ruang letak kereta yang lebih teratur, pintu masuk utama dan sistem tiket, ruang legar serta susun atur semula komponen.
"Selain itu, ia juga tidak melibatkan peralihan haiwan-haiwan sedia ada di dalam zoo dan akan disusuli dengan fasa-fasa akan datang yang melibatkan penambahbaikan komponen lain, " katanya ketika dihubungi Bernama pada Rabu (30 Ogos).
Baru-baru ini, kerajaan negeri Johor menerima peruntukan tambahan sebanyak RM2 juta (S$581,200) daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Malaysia bagi kerja-kerja menaik taraf zoo tersebut.
Zoo Johor yang terletak di pusat bandar raya itu, mula dibuka pada 1928 dan merupakan zoo tertua di Malaysia dengan keluasan 12.5 hektar serta mempunyai lebih 100 spesies haiwan.
Encik Mohd Jafni berkata turut dijalankan ialah kerja-kerja menaik taraf sebahagian Jalan Gertak Merah oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) yang lengkap dengan tempat letak kereta teratur, laluan pejalan kaki berbumbung dan laluan basikal, bagi menyokong projek penambahbaikan itu.
"Kerja-kerja menaik taraf di Jalan Gertak Merah ini akan melibatkan perubahan laluan sebagaimana kelulusan yang akan berkuat kuasa Januari 2024," katanya.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.