Skip to main content

Dunia

Kerja membersih selepas banjir kilat di Pulau Pinang

Operasi membersih dijalankan di Pulau Pinang selepas banjir kilat melanda banyak kawasan

Anggaran Waktu Membaca:
Kerja membersih selepas banjir kilat di Pulau Pinang

Keadaan banjir di Pulau Pinang. (Gambar: Facebook/Andy Wang)

Diterbitkan : 30 Jul 2018 05:13PM Dikemas Kini : 30 Jul 2018 05:14PM

GEORGE TOWN, PULAU PINANG: Operasi membersih dijalankan di Pulau Pinang hari ini (30 Jul) selepas banjir kilat yang melanda banyak kawasan.

Hujan lebat selama empat jam yang bermula pada sekitar 1.30 pagi tadi membanjiri jalan-jalan raya dan rumah-rumah. Keadaan diburukkan dengan air pasang pada 3.30 pagi yang menyebabkan air tidak dapat mengalir ke laut, lapor Bernama.

Seramai enam orang daripada tiga keluarga perlu diselamatkan selepas mereka terperangkap di dalam rumah akibat banjir.

Kawasan-kawasan terjejas termasuk Taman Scotland, Jalan P Ramlee, Jalan Perak, Jalan Masjid Negeri, Bayan Baru, Dhoby Ghaut, Jalan Zoo dan Jalan Dato Keramat.

Menerusi satu kenyataan hari ini, pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir berkata hampir kesemua kawasan terjejas oleh banjir kilat terletak di kawasan tadahan Sungai Pinang.

Sumber : Bernama/CNA/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita