Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kereta remuk dihempap bahan binaan terjatuh dari tingkat 56 bangunan Kuala Lumpur

Anggaran Waktu Membaca:
Kereta remuk dihempap bahan binaan terjatuh dari tingkat 56 bangunan Kuala Lumpur

(Gambar: Pembaca Astro AWANI)

KUALA LUMPUR: Sebuah kereta remuk teruk selepas dihempap bahan binaan yang terjatuh di Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada Jumaat (13 Jan). 

Demikian menurut laporan Astro AWANI. 

Kejadian berkenaan berlaku kira-kira pukul 8.45 pagi Jumaat, dedah Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Penolong Pesuruhjaya Noor Dellhan Yahaya. 

Mujur ketika kejadian, pemandu kenderaan itu berada di dalam sebuah premis serbaneka untuk membeli barangan.

Bagaimanapun, objek dipercayai sekeping besi yang digunakan untuk kerja binaan bangunan 80 tingkat, terjatuh dari tingkat 56 dan menghempap bahagian atas kenderaan terbabit.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Sumber : Agensi berita/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan