Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kereta plat khas 'Malaysia 2020' buat kemunculan hari ini

Kenderaan Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad dengan plat khas "Malaysia 2020" akan membuat kemunculan rasminya hari ini (31 Ogos) sempena sambutan Hari Kebangsaan 2018.

Anggaran Waktu Membaca:
Kereta plat khas 'Malaysia 2020' buat kemunculan hari ini

Dr Mahathir menaiki kereta Proton Perdana 2.4 Stretch Limo dengan plat istimewa itu ke acara kemuncak sambutan Hari Kebangsaan 2018 di Dataran Putrajaya. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 31 Aug 2018 12:03PM Dikemas Kini : 31 Aug 2018 12:06PM

PUTRAJAYA: Kenderaan Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad dengan plat khas "Malaysia 2020" akan membuat kemunculan rasminya hari ini (31 Ogos) sempena sambutan Hari Kebangsaan 2018.

Dr Mahathir akan menaiki kereta Proton Perdana 2.4 Stretch Limo dengan plat istimewa itu ke acara kemuncak sambutan iaitu acara perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan 2018 di Dataran Putrajaya.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuka bidaan bagi nombor pendaftaran istimewa ‘Malaysia’ sempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini bermula 1 Ogos hingga 15 Ogos lepas. Ia membabitkan 10,000 siri bermula dengan 'Malaysia 1' hingga 'Malaysia 9999'.

Nombor siri pendaftaran kenderaan khas 'Malaysia 1' dibida pada harga RM1,111,111 (S$370,000), menjadi jumlah tertinggi pernah dibida dalam sejarah.

Nombor pendaftaran ‘Malaysia 2020’ pula dikhaskan bagi kegunaan Dr Mahathir. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan