Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kereta pasukan keselamatan Myanmar rempuh penunjuk perasaan

Pasukan keselamatan Myanmar yang memandu sebuah kereta merempuh penunjuk perasaan anti rampasan kuasa pagi tadi (5 Dis) di Yangon, dengan sekurang-kurangnya enam penunjuk perasaan ditangkap dan berpuluh-puluh lagi cedera, menurut dua saksi di tempat kejadian.

Anggaran Waktu Membaca:
Kereta pasukan keselamatan Myanmar rempuh penunjuk perasaan

Penunjuk perasaan di Yangon pada 5 Dis 2021 adakan bantahan terhadap rampasan kuasa tentera Myanmar. (Gambar: AFP/STR)

Diterbitkan : 05 Dec 2021 04:26PM Dikemas Kini : 05 Dec 2021 04:31PM

YANGON: Pasukan keselamatan Myanmar yang memandu sebuah kereta merempuh penunjuk perasaan anti rampasan kuasa pagi tadi (5 Dis) di Yangon, dengan sekurang-kurangnya enam penunjuk perasaan ditangkap dan berpuluh-puluh lagi cedera, menurut dua saksi di tempat kejadian.

Tunjuk perasaan anti tentera masih berterusan walaupun lebih 1,300 orang terbunuh sejak rampasan kuasa 1 Februari. Tunjuk perasaan selalunya berlaku dalam kumpulan kecil yang menyuarakan bantahan terhadap penggulingan pemerintah pimpinan pemenang Hadiah Nobel Aung San Suu Kyi dan kembalinya pemerintahan tentera.

Pada Ahad, penunjuk perasaan "perhimpunan kilat" di Yangon, bandar terbesar Myanmar, dirempuh beberapa minit selepas ia bermula, dan saksi memberitahu Reuters bahawa polis menahan beberapa orang.

"Saya dilanggar dan jatuh di hadapan sebuah lori. Seorang askar memukul saya dengan senapangnya, tetapi saya bertahan dan menolaknya. Kemudian dia segera menembak saya ketika saya melarikan diri secara zig-zag. Nasib baik saya dapat lepaskan diri," kata seorang penunjuk perasaan kepada Reuters melalui telefon, meminta namanya tidak didedahkan atas sebab keselamatan.

Sebuah kereta awam yang digunakan anggota askar melanggar penunjuk perasaan dari belakang, kata dua saksi, lalu mengekori penunjuk perasaan yang lari bertempiaran dan menangkap serta membelasah mereka. Ada yang cedera parah dengan luka di kepala dan tidak sedarkan diri, menurut para saksi itu.

Seorang jurucakap junta yang memerintah tidak menjawab panggilan untuk mengulas kejadian pada Ahad.

Pihak tentera sebelum ini menyatakan penunjuk perasaan yang terbunuh menghasut tindakan ganas. Ia menegaskan rampasan kuasa dilakukan kerana terdapat penipuan dalam pilihan raya November lalu yang dimenangi oleh parti pimpinan Aung San Suu Kyi. Suruhanjaya pilihan raya telah menolak dakwaan itu.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan