Kereta lumba Ferrari Michael Schumacher dijual pada AS$14.8 juta
(Gambar: RM Sotheby's)
ANKARA: Kereta Ferrari F2003-GA milik Michael Schumacher, juara dunia Formula 1 sebanyak tujuh kali, dijual pada harga AS$14.8 juta (S$20.6 juta) dalam satu lelongan di Geneva pada Rabu (9 Nov).
“Dari Juara Dunia kepada pemegang rekod dunia, kereta Ferrari F2003-GA yang paling berjaya kini merupakan kereta F1 moden paling bernilai tinggi dalam sejarah.
"Kereta yang dipandu Michael Schumacher dalam perjalanan mengejar gelaran keenamnya telah dijual pada harga CHF (franc Swiss) 14.6 juta (S$20 juta) di acara Luxury Week oleh Sotheby’s di Geneva," lapor agensi Anadolu memetik kenyataan RM Sotheby’s, sebuah syarikat lelongan kereta klasik yang beribu pejabat di Kanada, menerusi Twitter.
Pada 2017, sebuah lagi Ferrari yang dipandu Schumacher iaitu F2001 dijual pada harga AS$7.5 juta (S$10.4 juta) oleh Sotheby’s di New York.
Schumacher, warga Jerman berusia 53 tahun, masih dalam proses pemulihan sejak mengalami kecederaan kepala dalam kemalangan ski pada Disember 2013.
Beliau diletakkan dalam keadaan koma selama beberapa bulan selepas kemalangan itu. Keluarganya dibenarkan memindahkannya pulang pada September 2014.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.