Skip to main content

Dunia

Kereta kebal Israel bedil tentera Lubnan

Anggaran Waktu Membaca:
Kereta kebal Israel bedil tentera Lubnan
Pasukan pengaman PBB melaporkan yang kedudukan mereka di selatan Lubnan menjadi sasaran tembakan Israel, sambil menggesa pematuhan terhadap gencatan senjata. (Gambar fail: REUTERS)
ISTANBUL: Sebuah kereta kebal Israel membedil unit tentera Lubnan pada Jumaat (23 Jan) ketika ia sedang menjalankan misi lapangan bersama pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhampiran Wadi al-Asafir, di selatan bandar Khiam, daerah Marjayoun di selatan Lubnan, lapor Anadolu Ajansi dengan memetik agensi berita rasmi Lubnan.

Menurut Agensi Berita Kebangsaan (NNA), tembakan itu berpunca daripada sebuah kereta kebal Israel yang muncul dari kedudukan ketenteraan yang baru diwujudkan di kawasan Hammams dan menyasarkan kawasan sekitar unit tentera Lubnan yang ketika itu beroperasi bersama anggota Pasukan Interim PBB di Lubnan (UNIFIL).

Laporan itu tidak mendedahkan sebarang kecederaan atau kerosakan akibat insiden berkenaan.

Tentera Israel juga tidak membuat sebarang ulasan.

Dari semasa ke semasa, pasukan pengaman PBB melaporkan yang kedudukan mereka di selatan Lubnan menjadi sasaran tembakan Israel, sambil menggesa pematuhan terhadap gencatan senjata.

Bagaimanapun, Israel sebahagian besarnya mengabaikan gesaan itu.

Gencatan senjata yang dicapai antara Israel dengan Lubnan menamatkan lebih setahun serangan yang mengorbankan lebih 4,000 orang dan mencederakan 17,000 yang lain, dalam konteks serangan Israel ke atas Gaza.

Di bawah perjanjian gencatan senjata itu, tentera Israel sepatutnya berundur dari selatan Lubnan pada Januari 2025, namun ia hanya berundur sebahagian daripadanya dan masih mengekalkan kehadiran ketenteraan di lima pos sempadan.
Sumber : Reuters/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita