Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kereta dirompak di tempat letak kereta pusat beli-belah KL

Anggaran Waktu Membaca:
Kereta dirompak di tempat letak kereta pusat beli-belah KL

(Gambar: @irfannhaziq_/Twitter)

KUALA LUMPUR: Lazimnya apabila ingin berjalan-jalan, kita akan meninggalkan barangan di dalam kereta, walaupun ia adalah barangan mahal ataupun berjenama. 

Namun, bagi seorang warga Malaysia yang keretanya dirompak di sebuah pusat beli-belah yang terletak di Kuala Lumpur, beliau menasihatkan orang ramai supaya berfikir dua kali sebelum berbuat demikian, kongsinya kepada portal World Of Buzz. 

Encik Muhammad Irfan Haziq Md Zam mengongsi ceritanya di Twitter bagaimana beliau meninggalkan baju anak lelakinya yang berusia satu tahun dan beg susu di bahagian tempat duduk belakang keretanya sebelum keluar berjalan. 

Malangnya, keretanya dipecah masuk.

Encik Irfan berkata kepada World Of Buzz insiden tersebut berlaku pada 29 Oktober antara pukul 8.00 hingga 10.00 malam. 

Tingkap tepi di tempat duduk belakang keretanya dipecahkan hingga berkecai dan beg yang ditinggalkannya terbuka. Memandangkan tiada barangan bernilai di dalam beg tersebut, perompak itu meninggalkannya begitu saja. 

Seorang lagi mangsa turut membalas tweet Encik Irfan dan memberitahunya bahawa pada malam yang sama, keretanya dipecah masuk juga. 

Bagi pasangan itu pula, komputer riba syarikat yang ditinggalkan dalam kereta itu dicuri. 

Encik Irfan memberitahu World Of Buzz bahawa beliau sudahpun memaklumkan kepada pengurusan pusat beli-belah itu mengenai insiden yang berlaku, tetapi tidak membuat aduan polis kerana tidak kehilangan barang. 

"Tambahan lagi, anak lelaki saya sedang meragam pada waktu itu, jadi saya perlu bergegas pulang." 

Encik Irfan berharap perkongsiannya itu menjadi iktibar kepada orang lain dan menggesa orang ramai agar tidak meninggalkan barang di dalam kereta, khususnya barangan berharga. 

"Tolong berhati-hati, jangan tinggalkan sebarang barang mahal di kereta anda. Saya harap orang lain tidak akan jatuh mangsa kepada perkara sebegini." 

Encik Irfan terpaksa mengeluarkan RM200 (S$59.60) untuk menggantikan tingkapnya yang pecah itu. 

Sumber : Sumber Web/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan