Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kereta api ulang-alik JB Sentral-Woodlands sambung semula operasi 19 Jun

Anggaran Waktu Membaca:
Kereta api ulang-alik JB Sentral-Woodlands sambung semula operasi 19 Jun

Para penumpang naik khidmat kereta api ulang-alik antara Johor Bahru dengan Woodlands (Gambar fail: CNA/Loi Kar Yee)

Diterbitkan : 11 Jun 2022 05:17PM Dikemas Kini : 11 Jun 2022 09:35PM

JOHOR BAHRU: Perkhidmatan Shuttle Tebrau dari Stesen Johor Bahru Sentral (JB Sentral) ke Stesen Woodlands di Singapura akan beroperasi semula pada 19 Jun selepas digantung sejak 24 Mac 2020 ekoran pandemik COVID-19 dan penutupan sempadan antarabangsa.

Menteri Pengangkutan Malaysia, Dr Wee Ka Siong, berkata penjualan tiket kereta api bagi perjalanan antara 19 Jun hingga 18 Julai akan bermula pada pukul 3.00 pagi Isnin (13 Jun).

Dr Wee berkata sebanyak 31 perkhidmatan yang beroperasi setiap hari dari JB Sentral -Woodlands-JB Sentral melibatkan 18 perkhidmatan dari JB Sentral ke Woodlands manakala 13 lagi perkhidmatan dari Woodlands ke JB Sentral.

Menurut beliau, seramai 7,000 penumpang dijangka menggunakan perkhidmatan tersebut setiap hari dengan maksimum kapasiti bagi setiap perjalanan adalah 320 penumpang dan kekerapan perkhidmatan kereta api pula pada setiap 30 minit.

"Perjalanan bagi tarikh 19 hingga 25 Jun sahaja berkapasiti 240 penumpang berbanding 320 penumpang kerana terdapat penambahbaikan yang dilakukan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura, Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Kastam Malaysia dan penambahbaikan merangkumi 'Digital Arrival Card dan 'Face Image Scanner'," katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas melakukan lawatan mengejut ke tapak pembinaan Projek Sistem Kereta Api Laju (RTS) Link Johor Bahru-Singapura di Bukit Chagar di Johor Bahru hari ini (11 Jun).

Menurut beliau, penumpang akan menggunakan pasport sebagai tiket rasmi untuk mendaftar masuk di Turnstile Stesen JB Sentral dan Stesen Woodlands sebelum menaiki kereta api Shuttle Tebrau.

Dr Wee berkata harga tiket bagi perjalanan dari JB Sentral ke Woodlands adalah RM5 (S$1.60)seorang manakala dari Woodlands ke JB Sentral berharga S$5.00 (RM15.86) seorang.

"Penumpang boleh membeli tiket menggunakan sistem KITS online atau kaunter tiket dan penumpang dikehendaki mendaftar dan memasukkan nompor pasport terlebih dahulu sebelum membuat pembelian tiket Shuttel Tebrau," tambah beliau.
 

Sumber : Bernama/FZ/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan