Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kereta api Taiwan sarat penumpang ketika tergelincir, penumpang tercampak: Laporan

Sebuah kereta api ekspres yang tergelincir di dalam terowong di timur Taiwan pada pagi Jumaat (2 April) membawa sekitar 490 orang, dedah Menteri Pengangkutan Lin Chia-lung.

Anggaran Waktu Membaca:
Kereta api Taiwan sarat penumpang ketika tergelincir, penumpang tercampak: Laporan

(Gambar: Facebook/林銘鋒)

Diterbitkan : 02 Apr 2021 06:03PM Dikemas Kini : 02 Apr 2021 06:06PM

TAIPEI: Sebuah kereta api ekspres yang tergelincir di dalam terowong di timur Taiwan pada pagi Jumaat (2 April) membawa sekitar 490 orang, dedah Menteri Pengangkutan Lin Chia-lung.

Jumlah itu lebih tinggi daripada perangkaan awal sebanyak 350 orang yang diberikan pihak bomba.

Kereta api itu sedang dalam perjalanan dari Taipei ke Taitung apabila ia tergelincir dari landasan di utara Hualien. Ia membawa ramai pelancong dan penduduk yang dalam perjalanan pulang ke kampung sempena cuti hujung minggu yang panjang untuk membersihkan kubur ahli keluarga.

Sekurang-kurangnya 48 orang terbunuh, termasuk pemandu kereta api. Puluhan lagi dilaporkan cedera.

Media Taiwan melaporkan ramai orang berdiri di dalam gerabak kerana kereta api penuh, dan mereka tercampak apabila nahas berlaku.

Gambar yang diterbitkan menunjukkan mangsa yang terselamat dibawa keluar dari terowong.

"Para penumpang saling tertimpa satu sama lain," kata seorang wanita yang terselamat kepada televisyen tempatan. "Keadaan sangat mengerikan. Ada seluruh keluarga di dalam."

Kejadian berlaku di landasan kereta api timur Taiwan sekitar 9.30 pagi. Pasukan penyelamat bekerja berjam-jam untuk mendekati mangsa yang terperangkap di dalam terowong dan membawa mereka keluar. Menjelang petang, para pegawai berkata tiada lagi orang yang tertinggal di dalam gerabak.

PEMANDU LORI DITAHAN POLIS

Agensi berita rasmi Central News Agency melaporkan kemalangan itu berpunca daripada pelanggaran dengan sebuah lori yang tergelongsor ke landasan kereta api akibat tidak diletakkan dengan betul menggunakan brek. Polis telah menahan pemandunya untuk disoal siasat.

Menurut Pentadbiran Kereta Api Taiwan, kenderaan itu seharusnya tidak diletak di kawasan lereng kerana tidak ada kerja-kerja binaan yang sedang dilakukan pada waktu itu, lapor Focus Taiwan.

Pasukan bomba menunjukkan gambar yang kelihatan sebagai bangkai lori yang remuk bersebelahan kereta api yang tergelincir, dan gambar dipetik dari udara menunjukkan hujung kereta api yang terletak di landasan di sebelah sebuah tapak binaan.

Sumber : CNA/Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan