Kereta Api Haramain kendali 84 perjalanan harian Jeddah-Makkah
Anggaran Waktu Membaca:
JEDDAH: Kereta Api Laju Haramain mengendalikan sebanyak 84 perjalanan setiap hari antara Makkah dan Jeddah, kata pengurus operasi projek itu, Rayan Al-Harbi.
Bercakap kepada Okaz/Saudi Gazette, beliau berkata tiket kelas ekonomi berharga SR23 (S$8) bagi setiap perjalanan.
Encik Al-Harbi berkata harga itu ditetapkan untuk memudahkan penduduk Jeddah menjalankan ibadah Umrah.
Perkhidmatan bas juga akan disediakan untuk membawa jemaah dari stesen Rusaifa di Makkah ke Masjidil Haram, lapor Saudi Gazette.
Perjalanan antara Makkah dan Madinah serta stesen-stesen yang lain akan ditambah ketika musim puncak Umrah pada bulan Ramadan.
Jadual perjalanan kereta api Haramain antara Makkah dan Madinah ditambah kepada lebih 100 perjalanan pada bulan Ramadan.

Kereta Api Haramain menyaksikan jumlah pengunjung dan jemaah yang meningkat dari Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah selain pengunjung ke bandar Jeddah dan Bandar Ekonomi Raja Abdullah, melalui lima stesen.
Perkhidmatan kereta api itu yang menghubungkan Makkah dan Madinah melalui Jeddah dan Rabigh, sudah mengendalikan lebih 25,000 perjalanan sejak ia dilancarkan.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.